Thursday, February 24, 2011

Essay: Aku Sebatang Pencil

Aku sebatang pencil yang bernama Staedtler. Ini gambarku yang hensem.

Aku bermodal 2B yang lebih hebat daripada yang HB. HB memang modal bodoh. Tak guna langsung. Ink HB memanglah lemah sekali. Macam ketut lemah.

Anyways, aku dilahirkan di kilang misteri. Selepas aku dilahirkan, aku sebenarnya botak. Kemudian kejadian ini terjadi:
Dan kepalaku berambut satu.

Kemudian, saya dan kawan-kawan atau adik beradik saya diletakkan ke dalam kotak then dihantar ke kedai jualan alat-alat tulis dan dipamerkan seperti monyet dalam circus. Teruk betui kami dipicit, dipergunakan tetapi tiada yang ingin membeli kita. Terasa pulak seperti diperkosakan.

Huhuhu, cakap kelakar aje. Why so serious?

Selama setahun saya berada di kedai itu, dan pada masa itu, saya telah mendapat ramai kawan yang unik dan yang berbeza personaliti.

Ada pembaris yang bersikap lurus. Ada pemadam yang suka pemadam emosinya. Dan kebanyakkan adalah pen yang beraneka warna.

Dalam masa setahun ini, saya telah terjatuh cinta kepada sebatang pen yang cantik. Ini gambar cinta saya.
Oh cantik betui!

Jantungku berdebar-debar setiap kali ku memandang Papermate. Tetapi aku sebatang pencil yang permalu. Jadi tidak pernahku meluahkan isi hatiku kepada cintaku.

"Kau ini penakut", kata pembaris.
"Kau ini tak guna, makan tahi la", kata pembaris.
"...", kata pemadam. Tak dapat baca kerana dipadam olehnya.
"Aku takut kena reject pulak", kata saya.
"Tak cuba mana boleh tahu?", kata pembaris.
".............", kata pamadam.
"Oh", kataku.
"Ok lah. Aku akan confess dan kahwini Papermate esok", kataku lagi dengan bersemangat.
"...?", kata pemadam.
"?", kata saya.
"Kenapa kena tunggu sampai esok? Kamu ini tak ada bola",kata pembaris.
"Saya kena fikirkan kata-kata yang hebat dan seksi untuk mengikat hatinya! Tau tak?", kataku.

Jadi saya pun berfikir selama 8 jam 21 minit. Kerana pencil tak boleh tidur pun. Heh heh. Kelakar betul.

Walaubagaimanapun, saya telah bersedia untuk meluahkan hati Papermate dengan kata kata ini.

"Wahai Papermate merah yang cantik. Kamu telah memikat hati ku walaupun saya tiada hati. Tetapi telah ada hati setelah nampak kamu. Itulah kehebatan cinta ku pada mu. Hebat sehingga tiada hati pun boleh ada hati. Gila betul"

Hebatkan? Ok, aku sudah bersedia.

Hari pagi pun tiba. Dengan harapan yang baru. Aku rasa pada akhir hari ini, aku akan menjadi pencil yang paling gembira di selurah dunia ini! Yeah!

Semasa aku hendak pergi jumpai Papermate, seorang manusia telah mengambilnya dan meletaknya di atas cashier counter.

Aku melihat dengan mata yang penuh dengan air mata, cinta pertama dan terakhirku yang di bawa keluar dalam plastic bag.

No comments: